Sunday, 11 December 2011

Teater Mayat



Setelah hampir 13 minggu menubuhkan produksi demi sebuah teater akhirnya kini tinggal seminggu sahaja lagi sebelum tayangan teater yang bertajuk Mayat. Segala maklumat mengenai teater ini telah tercatat seperti gambar di atas. Walaupun tajuk dan poster teater ini sedikit kontroversi sehingga mampu menakutkan setiap orang yang ingin menontonnya tetapi ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada setiap mahasiswa mahasiswi yang teruja untuk menontonnya.




Pada minggu lepas, sebuah promosi mengenai teater ini telah diadakan disekitar kawasan UPSI dan ternyata mendapat perhatian semua pelajar. Promosi yang dijalankan memberikan impak positif apabila tiket yang dicetak terjual ibarat 'goreng pisang panas'.

Di bawah ini disediakan sedikit gambar selepas tamat promosi teater Mayat di sekitar kampus.

  gambar ahli produksi bersama pelakon dan pensyarah


 gambar pelakon teater Mayat bersama pensyarah


Ada seminggu sahaja lagi sebelum tayangan teater Mayat sebuah naskhah karya terulung yang berkualiti dari UPSI walaupun dengan bajet yang rendah tetapi anda akan dapat menonton sebuah teater yang ternyata menarik. Bagi sesiapa yang masih belum mendapatkan tiket bagi tayangan teater ini dapatkan sekarang!! Bagi keterangan lanjut anda boleh menghubungi setiap nombor telefon yang terdapat pada poster di atas. Siapa yang cepat dia yang dapat dan tiket adalah terhad!!!!






by Muhamad Sufian

Monday, 31 October 2011

salam perkenalan ...!

halo..halo..halo!!


salam sahabat handai semua.. blog ini di created sbg salah satu saluran dimana kite semua boleh mengumpulkan pelbagai informasi dan aktiviti yang dijalankan dalam group teater dan drama untuk sesi 2011/2012. 


walaupon hanya satu sem sahaja kami di group ini tetapi yakin dan percaya lah,banyak yang dapat kite pelajari tentang teater dan drama. Kite bukan sahaja mengenal apa itu drama dan teater tetapi kite juga dapat mengenali diri kite sendiri di dalam kelas ini. kite dpt mengeksperasi pelbagai watak dan mengenali pelbagai watak di atas pentas teater ini. 


selain itu didalam kelas ini juga,walaupon hanya mempunyai 2jam sahaja mase dalam seminggu tetapi adakah kamu semua perasan atau tidak,perasaan malu untuk berada di hadapan org rmai telah pon dpt di atasi. 


dan ini lah pentas nyeee................. PANGGUNG BUDAYA!




bermula lah karya dan perjalanan pentas teater... (^___-)v